Piala Malaysia Suku Akhir Pertama - ATM berjaya mengalahkan Negeri Sembilan 3-2

Mahsul Sejahtera
0
Pasukan ATM berjaya mengalahkan Negeri Sembilan 3-2 pada perlawanan pertama timbal balik Piala Malaysia yang berlangsung di stadium Majlis Perbandaran Selayang Jumaat malam tadi.

Perlawanan babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan tetapi tiada jaringan yang berjaya dilakukan. Gol pertama perlawanan berjaya dijaringkan apabila pemain ATM D Christie Jayaseelan berjaya menjaringkan gol hasil hantaran silang rakan sepasukan pada minit ke 56.

Pemain import ATM dari Argentina Bruno Martelotto menggandakan jaringan buat ATM lima minit kemudian selepas berjaya menggelecek beberapa pemain NS sebelum merembat kencang kepenjuru kiri gol.

Pasukan NS berjaya mengurangkan defisit apabila Mohd Firdaus Azizul berjaya membolosi gol ATM pada minit 74 sebelum Hairuddin Omar kembali melebarkan jaringan buat ATM pada minit 80. Skuad Rusa yang tidak berputus asa akhirnya berjaya mengurangkan defisit apabila sepakan gunting Ahmad Shakir pada minit 89 berjaya membolosi gol ATM.

Perlawanan suku akhir kedua akan di adakan di Stadium Paroi pada 2 Oktober 2012.

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top