Keputusan separuh akhir kedua Piala Malaysia Kelantan lawan Selangor.

Mahsul Sejahtera
0
Dua jaringan melalui Muhammad Ghadar dan Bahri Radzi membantu Kelantan menewaskan Selangor dalam pertemuan yang diadakan di Stadium Shah Alam sebentar tadi. Dengan dua gol ini menjadikan aggregatenya 3 - 0 berpihak kepada pasukan Red Warrior.

chengyo.blogspot.comBertambah malang lagi bagi pasukan Red Giant, pemainnya Basco Balaban telah diperintahkan keluar apabila menerima kad merah selepas mengasari pemain Kelantan. Ini menjadikan dua pemain Selangor dilayangkan kad merah dalam pertemuan separuh akhir ini masing-masing satu di separuh akhir pertama dan seorang lagi malam tadi.

Walau bagaimanapun kegembiraan Red Warrior menjejakkan kaki ke final diiringi dengan penggantungan dua orang penyerang mereka yang menerima dua kad kuning iaitu Mohd Farhan yang menjaringkan gol ketika di Kota Bahru dan juga penjaring gol pertama malam tadi iaitu Muhammad Ghadar.

Perlawanan akhir 20 Oktober 2012 di Stadium Shah Alam nanti dijangka akan berlangsung sengit di mana pasukan ATM akan memberikan tentangan yang cukup hebat kerana bagi ATM ini adalah kemunculan pertama final Piala Malaysia selepas 46 tahun.

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top