Keputusan Separuh Akhir Pertama Lion XII Lawan ATM

Mahsul Sejahtera
0
Pasukan ATM yang dibimbing oleh B Sathianathan telah berjaya mencuri 1 mata ketika bertemu LionXII dalam perlawanan yang diadakan di stadium Jalan Besar malam tadi. Pasukan ATM yang terlebih dahulu berjaya membolosi gawang LionXII hasil jaringan Marlon James yang merupakan gol ke 8 beliau dalam kempen Piala Malaysia 2012 ini. LionXII walau bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan 9 minit sebelum tamat permainan melalui tandukan Safuwan Baharuddin.

Dengan keputusan seri 1-1 ini akan memberikan sedikit kelebihan kepada ATM untuk mara ke perlawanan akhir yang dijadualkan pada 20 Oktober 2012. Perlawanan  separuh akhir kedua akan dilangsungkan pada hari Khamis 11 Oktober 2012.

Satu lagi perlawawan separuh akhir akan menemukan Red Warrior dengan Red Giants yang akan berlangsung malam ini. Anda boleh saksikan siaran langsung perlawanan ini pada jam 8.45 malam di Astro.

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top