Tenis - China Open 2012

Mahsul Sejahtera
0
Novak Djokovic berjaya mara ke perlawanan separuh akhir terbuka China apabila hanya memerlukan 53 minit untuk mengalahkan Jurgen Melzer dari Austria 6-1 dan 6-2. Novak Djokovic yang berjaya melakukan 12 servis ace ternyata bukan tandingan Melzer. Djokovic akan bertemu pemain kelahiran Jerman Florian Mayer pada pusingan separuh akhir. Kali terakhir mereka bertemu di Wimbledon, Djokovic menang dalam straight-set 6-4, 6-1, 6-4. Florian Mayer sebelum itu telah mengalahkan pemain wild card tuan rumah Zhang Ze 6-3, 6-4 sebelum berjaya ke pusingan seterusnya.


Jo-Wilfried Tsonga pula berjaya mengenepikan pilihan No.28 Mikhail Youzhny dengan straight sets 6-3, 6-2 dan akan bertemu Feliciano Lopez dalam pertemuan separuh akhir yang akan dilangsungkan hari ini. Feliciano Lopez pula berjaya menyingkirkan wakil dari USA Sam Querrey dengan 4-6,6-4,6-4.

Perlawanan separuh akhir wanita pula akan menemukan pemain handalan tuan rumah Li Na melawan Maria Sharapova sementara satu lagi perlawanan separuh akhir akan menemukan Victoria Azarenka melawan Marion Bartoli. Dalam perlawanan suku akhir Li Na berjaya mengalahkan Agnieszka Radwanska sementara Maria Sharapova pula berjaya mengalahkan Angelique Kerber yang terpaksa menarik diri pada set kedua akibat kecederaan. Dalam satu lagi perlawanan suku akhir Marion Bartoli berjaya menyingkirkan Carla Suárez Navarro sementara Victoria Azarenka berjaya menyingkirkan Romina Oprandi dalam satu perlawanan yang hanya berkesudahan selama 55 minit.

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top