Preview English Primere League hari ini 3 Nov. 2012

Mahsul Sejahtera
0

VS
11 malam ASTRO 812/832

Satu perlawanan yang dijangka menarik dengan permainan menyerang yang akan dipamerkan oleh kedua-dua pasukan. Kedua-dua pasukan dilihat kurang kemas dibahagian pertahanan dan perlawanan ini dijangka akan dimenangi oleh pasukan yang bertahan dengan lebih baik.
Swansea cemerlang di dalam perlawanan Piala Capitol One ketika menentang Liverpool tempoh hari tetapi mereka menurunkan kesebelasan utama mereka, Chelsea pula terpaksa berhempas pulas selama 120 minit sebelum berjaya mengalahkan Mancester United, walau bagaimanapun beberapa pemain utama mereka dijangka akan diturunkan ketika menentang Swansea

John Terry masih dalam penggantungan dan pertahanan Chelsea kelihatan goyah tanpa John Terry. Chelsea dibolosi 9 gol dalam tiga perlawanan semenjak beliau digantung. Juan mata kelihatan dalam form terbaik kebelakangan ini, Oscar pula telah dapat menyesuaikan diri dengan cepat dan Ramires pula sentiasa bergerak di seluruh padang dan ini mungkin kelebihan pada Chelsea.

Swansea tidak mengambil kira sangat mengenai penguasaan permainan. Mereka menguasai permainan ketika menentang Sunderland, illa, Stoke dan Reading tetapi mereka hanya berjaya mengutip 2 mata. Michu sekarang berada dalam form yang terbaik terutama ketika bermain di tempat sendiri. Ashley Williams pula cemerlang mempertahankan kubu. Walau bagaimanapun sedikit sahaja kesilapan akan membawa padah.

Tahun lepas Swansea berjaya mengalahkan Arsenal, Liverpool dan Manchester City di tempat sendiri. Chelsea pula hanya setakat seri ketika bermainan di Swansea. Perlawanan yang dijangka menyeronokkan, menarik dan hebat. Chelsea dilihat mempunyai kelebihan tetapi dalam bolasepak apa-apa pun boleh berlaku.


VS
8.45 malam ASTRO 812/832

Dwight Yorke's hat-trick dalam kemenangann 6-1. Jaringan Sylvain Wiltord's yang menjulang Arsenal untuk menjadi juara. Wajah-wajah ceria peminat Arsenal ketika itu. Martin Keown lawan Ruud van Nistelrooy. Arsene Wenger berdiri di stand, dengan tangan mendepa dan jaringan lapan gol musim lepas.

Ini adalah antara saat-saat yang tidak boleh dilupakan oleh peminat-peminat kedua-dua pasukan dalam era premier league.

Sesuatu yang lebih menarik dijangka dalam perlawanan malam ini. Gol awal dalam perlawanan ini dijangka akan menentukan keputusan perlawanan tetapi kemungkinan besar kemenangan akan berpihak kepada United.

Van Persie akan muncul dalam perlawanan malam ini, dan sudah tentu fokus akan tertumpu kepada beliau. Dia berjaya menyumbatkan gol di tempat sendiri dan tempat lawan ketika bersama Arsenal musim lepas.

Kedua-dua pasukan terlibat dalam perlawanan yang menyaksikan jaringan besar dalam perlawanan Piala Capitol One baru-baru ini dengan Arsenal berjaya mengalahkan Reading di tempat lawan walaupun telah ketinggalan 4-0 diseparuh masa pertama tetapi berjaya bangkit dan menang dengan 7-5. United pula berjaya mendahului Chelsea 3-2 sehingga diakhir minit perlawanan sebelum disamakan oleh Chelsea yang memaksa perlawanan ke masa tambahan dan akhirnya kecundang dengan 4 gol berbalas 5.

Wala bagaimanapun jaringan besar dijangka tidak akan berlaku dalam perlawanan malam ini kerana dijangkakan pertahanan kedua-dua pasukan akan kemlabil top malam ini. Tetapi ini perlawanan United menentang Arsenal yang sudah tentu akan dipenuhi dengan drama.

Jadual perlawanan hari ini.

Man Utd v Arsenal 8.45 petang Astro 812/832

Fulham v Everton 11.00 malam Astro 817/831

Norwich v Stoke 11.00 malam Astro 817

Sunderland v Aston Villa 11.00 malam Astro 812

Swansea v Chelsea 11.00 malam Astro 812/832

Tottenham v Wigan 11.00 malam Astro 813

West Ham v Man City 12:30 malam Astro 817/831
Enhanced by Zemanta

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top