Lion XII Ungguli Liga Super Selepas 14 Perlawanan

Mahsul Sejahtera
0
Walaupun hanya mampu seri ketika menentang Selangor di Stadium Shah Alam Sabtu malam, Singapura Lions XII FC mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu Liga Super. Lions XII FC kekal menerajui takhta Liga Super dengan 28 mata selepas 14 perlawanan.

Ianya turut dibantu dengan kekalahan JDT kepada Perak  di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut. Penyerang import dari Brazil, Paulo Rangel pula muncul wira pasukan Perak selepas jaringan hatriknya pada minit ke-12, 66 dan 87 memberi kemenangan bergaya 3-0 ke atas pasukan berstatus bintang Johor Darul Takzim (Johor DT).

Sementara itu, Kelantan menewaskan T-Team 3-1 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu dengan gol-gol jaringan penyerang import dari Nigeria, Dickson Nwakaeme menerusi sepakan penalti pada minit ke-32 sebelum Norfarhan Muhammad menjaringkan gol kedua menerusi tandukan pada minit ke-60 perlawanan.


Damir Ibric Yuksel berjaya mengurangkan defisit jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-82 sebelum Indra Putra Mahayuddin menjaringkan gol untuk The Red Warriors dengan jaringan kemenangan dalam masa tambahan separuh masa kedua.

Kemenangan itu bagaimanapun tidak mengubah kedudukan pasukan bimbingan Bojan Hodak yang menduduki tangga kesembilan liga dengan kutipan 17 mata selepas 14 perlawanan.

Berikut adalah carat terkini Liga Super selepas 14 perlawanan.

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top