Lima "Comeback Terbaik" Dalam Liga Juara-Juara

Mahsul Sejahtera
0
Barcelona dan Real Madrid akan menghadapi pertandingan sukar pada pertemuan pusingan kedua semifinal Liga Juara-juara malam ini. Kedua-dua kelab gergasi Spanyol itu harus mengejar defisit lebih dari dua gol agar boleh layak ke final.
Kegembiran jelas di wajah Matteo

Madrid kalah 1-4 dari Borussia Dortmund pada pusingan pertama di Signa Iduna Park, Rabu (24/4/2013). Mau tak mau, Cristiano Ronaldo dan rakan-rakan mesti memenangi pusingan kedua di Santiago Bernabeu, Selasa dengan kelebihan paling minima 3-0 untuk mara ke final.

Sementara itu, Barca perlu bekerja keras untuk tampil di final, berikutan kekalahan 0-4 kepada Bayern Muenchen pada pertandingan pertama semifinal Liga Champions di Allianz Arena, Selasa lalu. Barca perlu meraih kemenangan dengan perbezaan lima gol untuk mara ke final.

Selama ini hanya ada lima pasukan yang mampu melakukan comeback dengan defisit lebih dari dua gol untuk mara ke babak berikutnya semenjak 1992. Yang paling akhir, comeback itu dilakukan Barcelona ketika menumpaskan AC Milan pada babak 16  Liga Champions musim ini.

-->

Berikut lima comeback terbaik di Liga Champions versi UEFA:

Suku Akhir 2003-2004

AC Milan 4-1 Deportivo La Coruna (pusingan pertama)
Deportivo La Coruna 4-0 AC Milan (pusingan kedua)

AC Milan sepertinya akan mudah mara ke semifinal ketika berjaya menumpaskan Deportivo La Coruna 4-1 di San Siro. Pada pertandingan tersebut, Kaka menjaringkan dua gol bagi Milan dan selebihnya dijaringkan oleh Andrea Pirlo dan Andriy Shevchenko. Super Depor hanya mampu menjaringkan gol lewat permainan melalui Walter Pandiani.

Namun, malapetaka bagi Milan terjadi di Stadion Riazor. Bahkan, sebelum berakhir babak pertama, Deportivo sudah meledak tiga gol menerusi Walter Pandiani, Juan Carlos Valeron, dan Albert Luque. Pemain gantian Fran Gonzalez menjaringkan gol ke empat di minit ke-76 untuk memastikan kemenangan Deportivo 4-0 sekaligus mara dengan agregat 5-4.

Suku Akhir 2003-2004

Real Madrid 4-2 AS Monaco (pusingan pertama)
AS Monaco 3-1 Real Madrid (pusingan kedua)

Tidak ada sesiapa yang menyangka AS Monaco akan mampu membalikkan membalikkan keputusan setelah tewas 2-4 oleh Real Madrid. Bahkan, Jurulatih Monaco ketika itu, Didier Deschamp, mengatakan, "Jika saya memikirkan itu (kekalahan dari Madrid), lebih baik saya berada di rumah."

Malahan peminat setia Monaco di Stade Louis II, gelanggang Monaco, pun sempat gigit jari ketika Raul Gonzales membolosi gawang Monaco pada minit ke-35. Namun, gol Ludovic Giuly pada penghujung babak pertama membangkitkan semangat tuan rumah.

Namun segalanya berubah apabila dua gol gol Fernando Morientes pada minit ke-48 dan Giuly (66) pun mampu memutarkan prediksi banyak orang. Akhirnya, Monaco pun berpesta di gelanggangnya sendiri karena mampu mara ke semifinal dengan agregat 5-5, melalui kelebihan jaringan gol di tempat lawan.

Separuh Akhir 1999-2000

Chelsea 3-1 Barcelona (pusingan pertama)
Barcelona 5-1 Chelsea (pusingan kedua)

Penonton di  Stamford Bridge bersorak ketika Gianfranco Zola dan Tore Andre Flo menjadi perancang kemenangan 3-1 Chelsea atas Barcelona.

Akan tetapi, Barcelona tampil luar biasa ketika melayani kunjungan Chelsea di Camp Nou. Perlawanan penuh dramatis ini dilanjutkan ke babak tambahan setelahjaringan 3-1 bertahan hingga waktu normal 90 minit.

Di babak tambahan tersebut, Barcelona pun akhirnya berjaya membuat Chelsea tak berdaya setelah Rivaldo dan Patrick Kluivert masing-masing meledak satu gol seorang untuk mengakhiri perlawanan dengan kemenangan Barcelona 5-1 sekaligus unggul dengan agregat 6-4.

"Kami melakukan hal yang tidak perlu dilakukan, iaitu bertahan dengan sangat buruk sekali," sesal Pengurus Chelsea, Gianluca Vialli, ketika itu.

Pusingan 16  2011-2012

Napoli 3-1 Chelsea (pusingan pertama)
Chelsea 4-1 Napoli (pusingan kedua)

Pengurus Chelsea Andre Villas-Boas menerima padah di Naples setelah dua gol Ezequiel Lavezzi dan satu gol Edinson Cavani bersarang ke gawang Petr Cech. Satu gol dari Juan Mata pun tak mampu menyelamatkan Chelsea dalam pertandingan yang berakhir 3-1 untuk Napoli.

Setelah perlawanan tersebut, Villas-Boas dipecat sebagai pengurus Chelsea dan digantikan Roberto Di Matteo. Pertandingan kedua di Stamford Bridge pun menjadi titik kejayaan pengurus yang berasal dari Itali.

Pertandingan berjalan sengit pada waktu normal. Hingga 90 minit, Chelsea mampu unggul 3-1 dengan gol-gol jaringan Drogba, John Terry, dan Frank Lampard. Napoli berjaya mengurangkan defisit melalui gol Gokhan Inler pada separuh msa kedua.

Gol Branislav Ivanovic pada minit ke-105 memastikan kemenangan Chelsea 4-1, dan seterusnya berjaya mara ke suku akhir. Bahkan, The Blues akhirnya menjuarai Liga Juara buat pertama kali  setelah mennumpaskan Bayern Muenchen di final.

"Saya mempuyai beberapa malam hebat, tetapi mungkin ini adalah pertandingan yang terbaik dalam sejarah kelab ini," kata Di Matteo selepas menang atas Napoli.

Pusingan 16 2012-2013

AC Milan 2-0 Barcelona (pusingan pertama)
Barcelona 4-0 AC Milan (pusingan kedua)

Dua gol dari Kevin Prince Boateng dan Sulley Muntari ke gawang Barcelona yang dikawal Victor Valdes seakan meningkatkan keyakinan diri pemain AC Milan untuk mara ke final Liga Champions musim ini.

Namun, Lionel Messi dan kawan-kawan seperti menyihir penonton Camp Nou pada pusingan kedua. Bermain dengan semangat tinggi, penjaga gol AC Milan, Christian Abbiati, seakan tidak percaya gawangnya dibolosi empat kali dengan dua jaringa gol Messi dan dua gol dari David Villa dan Jordi Alba.

"Inilah Barcelona dan inilah yang diinginkan peminat di setiap pertandingan," ujar Lionel Messi selepas perlawanan tersebut.

Adakah kita akan dapat menyaksikan dua lagi great comeback musim ini. Dalam bolasepak segalanya boleh terjadi.

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top