Header Ads

Djokovic Tumpas, Murray dan Federer Teruskan Kemaraan

Sumber Image: novakdjokovic.com
Grigor Dimitrov berjaya menumpaskan pemain nombor satu dunia Novak Djokovic di Madrid Open, dalam perlawanan sengit yang berlangsung tiga set 7-6(6) 6-7(8) 6-3.

Ini merupakan prestasi terbaik Dimitrov kerana berjaya mara ke pusingan ketiga Madrid Masters untuk menghadapi pemenang antara Santiago Giraldo dan Stanislas Wawrinka.

Andy Murray bertemu Florian Mayer di pusingan kedua Madrid Open yang merupakan turnamen tanah liat kedua Murray setelah Monte Carlo bulan lalu.

Lapangan tanah liat jelas bukan kegemaran Murray. Dari 26 gelaran miliknya tak satu pun yang dimenangi di gelanggang tanah liat. Bahkan pemain tenis nombor tiga dunia ini belum sekali pun mara ke final turnamen di gelanggang tanah liat.

-->

Set pertama berlangsung satu jam lapan minit yang dimenangi oleh Murray dengan 7-6 tiebreak 13-11. Set kedua juga berlangsung sengit yang akhirnya turut di menangi oleh Murray juga dengan tie-break 7-6(3)

Pada pusingan ketiga nanti Murray akan bertemu pemain tenis dari Perancis Gilles Simon. Beliau sebelum ini berjaya mengenepikan rakan senegara Jeremy Chardy dengan 6-4 7-6(5).

Petenis nomor dua dunia Roger Federer juga turut mara ke pusingan ke tiga selepas menumpaskan Pemain Republik Cech Radek Stepanek, di pusingan kedua, Selasa (7/5/2013) malam.

Dominasi Federer nyata terlihat sepanjang pertandingan dengan pemain Swiss ini berjaya menyudahi perlawanan dengan 6-3 6-3, dalam tempoh satu jam 21 minit.

Pada pertandingan sebelumnya, Daniel Gimeno-Traver berjaya menundukkan Richard Gasquet dengan 7-5 3-6 6-4, untuk menempah tempat di pusingan ketiga.

Powered by Blogger.