Header Ads

Alonso Juarai Spanish Grand Prix

Lluis Gene/AFP/Getty Images
Fernando Alonso menceriakan penyokong tuan rumah apabila memenangi Spanish Grand Prix dengan pemanduan yang begitu menyakinkan sekali. Walau bagaimanapun Alonso menegaskan Ferrari masih perlu bekerja keras dan memerlukan "more pace" untuk mengalahkan juara tiga kali dan juara bertahan  Sebastian Vettel dalam perlumbaan mengejar juara  Formula One musim ini.

Alonso bermula dari petak ke lima tapi permulaan yang aggresif menewaskan pemandu Lotus Kimi Raikkonen hampir 10 saat, dengan teammate Felipe Massa 26 saat di belakang. Vettel di tempat ke empat  ketinggalan 38.2 saat, bermakna merapatkan jurang mata kepada hanya  17 point.

Alonso kalah kepada Vettel hanya dengan 3 mata sahaja tahun lepas, tapi kini Alonso boleh menuju perlumbaan seterusnya di Monaco dengan harapan tinggi.

Pasukan Mercedes sekali lagi kecewa walaupun dua pelumbanya Nico Rosberg dan Lewis Hamilton bermula dari petak paling hadapan. Walaupun mempunyai kereta yang laju tapi kereta Mercedes kurang  race pace dan ketahanan di mana Rosberg hanya menamatkan perlumbaan di tangga ke-6 sementara Hamilton jauh ketinggalan di tangga ke -12.

Sumber: http://sports.sportsillustrated.cnn.com/racing/story.asp?i=20130512132212129565308&ref=rec&tm=&series=FORM1#ixzz2T7MVMc3e

Powered by Blogger.