Header Ads

Chelsea Julang Piala Liga Eropah

chengyo.blogspot.com
Pemain Chelsea Julang Piala Liga Eropah
Chelsea menjadi pasukan pertama menjulang Piala Champions League dan Europa League serentak setelah jaringan Branislav Ivanovic 3 minit selepas masa penuh permainan menjulang Chelsea mengalahkan Benfica di Amsterdam malam tadi.

Gol ke enam Fernando Torres dalam enam perlawanan Europa League tahun ini membolehkan Chelsea mendahului perlawanan sebelum di samakan melalui jaringan penalti Oscar Cardozo, setelah Cesar Azpilicueta terpegang bola dalam kawasan penalti.

Tendangan Frank Lampard pada minit ke-88th nyaris-nyaris membolosi gol lawan tetapi terkena tiang, sebelum Ivanovic, yang tidak dapat bermain dalam perlawanan akhir Champions League Mei tahun lalu selepas digantung perlawanan amenanduk masuk bola hasil sepakan sudut di minit-minit akhir permainan.

Chelsea akan memegang gelaran penyandang kedua-dua kejuaran utama Eropah setelah memberikan kekalahan ketujuh berturut-turut Benfica dalam perlawanan akhir peringkat Eropah. Penantian selama 51 tahun kelab Portugis itu untuk menjuarai kejohanan utama peringkat Eropah berterusan.

Chelsea menjadi pasukan ke-4 selepas Juventus, Ajax dan Bayern Munich - untuk memenangi kejuaran utama anjuran UEFA.

Chelsea sebelum ini pernah menjuarai Cup Winners' Cup pada tahun 1970-71 dan 1997-98 dan  Champions League musim lepas.

Ini adalah satu-satunya trofi Chelsea tahun ini dalam 8 kejohanan yang aa tahun ini. Chelsea juga telah berjaya mengesahkan tempat ke Liga Juara-juara untuk musim depan walaupun masih mempunyai baki satu lagi perlawanan menentang Everton pada hari Ahad, perlawanan ke 69 Chelsea musim ini.

Powered by Blogger.