Header Ads

MU Sahkan Rooney Mohon Transfer

RooneyPengurus Manchester United Alex Ferguson mengesahkan Wayne Rooney telah menghantar transfer request kerana kecewa apabila sering diketepikan dari kesebelasan utama MU. Malah Wayne Rooney tidak diturunkan ketika MU mengalahkan Swansea untuk perlawanan terakhir Sir Alex Ferguson di Old Trafford.


Rooney menyaksikan perlawanan bersama ahli keluarganya dari bilik eksekutif. Rooney turun ke padang selepas wisel penamat untuk sama-sama meraikan kejayaan MU an kemudiannya berjabat tangan dengan Ferguson.

Masa depan Rooney's akan ditentukan oleh pengurus MU yang baru David Moyes, yang akan mengambil alih tugas bermula 1 Julai 2013.

Moyes menjual Rooney kepada United pada tahun 2004. Ini adalah kali kedua Rooney menyerahkan transfer request. Kali pertama pada tahun 2012 tetapi kemudiannya menarik balik setelah ditawarkan dengan kontrak dan ganjaran yang lebih baik. Tetapi kali ini Rooney memohon pertukaran setelah kecewa kerana sering diketepikan setelah kedatangan Robin Van Persie yang menjadi pilihan utama Sir Alex Ferguson. Rooney juga kecewa kerana digugurkan pada pusingan kedua perlawanan Liga Juara-juara menentang Real Madrid yang disifatkan perlawanan terbesar musim ini.

Powered by Blogger.