Header Ads

Piala FA - Wigan Tundukkan Man. City

chengyo.blogspot.com
Pemain Wigan Meraikan Kemenangan Mereka
Pengurus Wigan Atletic, Roberto Martinez, mendedahkan, semangat pantang menyerah yang diperagakan anakbuahnya merupakan kunci kejayaan menundukkan Manchester City untuk meraih trofi Piala FA.

The Latics memastikan meraih juara setelah mengalahkan Manchester City 1-0 di final Piala FA di Stadium Wembley. Gol tunggal yang diciptakan Ben Watson pada masa kecederaan melahirkan sejarah bagi Wigan. Trofi Piala FA menjadi gelaran pertama bagi Wigan sejak kelab itu ditubuhkan 81 tahun lalu.

Bagi City, kegagalan ini menghancurkan harapan pengurus Roberto Mancini untuk sekurang-kurangnya satu piala musim ini selepas mereka gagal mempertahankan gelaran Premier League dan  tersingkir di fasa kumpulan Liga Juara-Juara.

Ben Watson menjadi hero Wigan apabila tandukannya pada minit 93 hasil sepakan sudut Shaun Maloney menerjah masuk ke jaring City.

Man. City terpaksa bermain dengan 10 orang apabila Pablo Zabaleta di buang padang pada minit ke-84 setelah menerima kad kuning kedua.
Enhanced by Zemanta
Powered by Blogger.