Sir Alex Ferguson Umumkan Persaraan Akhir Musim Ini

Mahsul Sejahtera
0
Sumber image: www.soccerbyives.net
Manchester United telah mengesahkan bahawa Sir Alex Ferguson akan bersara pada akhir musim ini selepas memenangi gelaran liga ke-20 kelab itu. Wala bagaimanapun beliau akan terus aktif dalam bolasepak dengan  menjadi seorang pengarah dan duta.

Ferguson, 71, mengambil alih United pada tahun 1986 dan menikmati tempoh yang begitu cemerlang sepanjang  27 tahun di kelab itu. United telah menguasai bola sepak Inggeris dalam era Liga Perdana Inggeris, memenangi juara liga 13 kali dan juga menjuarai Liga Juara-Juara pada tahun 1999 dan 2008.

Selain itu, beliau telah memenangi Piala FA sebanyak lima kali, Piala Liga empat kali, ditambah dengan FIFA Club World Cup, Intercontinental Cup, UEFA Cup Winners 'Cup dan UEFA Super Cup.

Perlawanan akhir beliau sebagai pengurus United adalah menentang West Bromwich Albion pada 19 Mei, perlawanan ke 1500 beliau sebagai pengurus United.

Ferguson pernah mengumumkan hasratnya untuk bersara pada tahun 2002 sebelum menukar fikiran dan terus menerajui United untuk memenangi enam lagi gelaran Liga Perdana, dengan juara liga tahun ini adalah yang ke-13 semasa beliau menjadi pengurus United.

Antara calon-calon yang menjadi favorite bookmakers sebagai pengganti Sir Alex Ferguson adalah pengurus Everton David Moyes.

Walaupun sebelum ini Ferguson membayangkan Pep Guardiola adalah pengganti yang paling sesuai untuk United, beliau diketahui memang menjadi peminat besar Moyes dan merasakan dia mempunyai banyak sifat-sifat yang diperlukan untuk mengambil alih tugas pengurus di Old Trafford.

-->

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top