Keputusan Liga Perdana Inggeris 14.12.13

Mahsul Sejahtera
0
Liga Perdana Inggeris

Manchester City meletakkan diri semakin hampir dengan pendahulu liga dengan kemenangan meyakinkan 6-3 ke atas pendahulu liga Arsenal di Stadium Etihad.

Penyerang prolifik Sergio Aguero dan Alvaro Negredo sekali lagi menemui sasaran manakala Fernandinho meledak dua kali dan David Silva dan Yaya Toure juga turut menjaringkan gol.

Theo Walcott menjaringkan dua gol untuk memastikan Arsenal terus bersaing tetapi tandukan lewat Per Mertesacker adalah semata-mata untuk saguhati.

City, yang kini telah menjaringkan 35 gol dalam lapan perlawanan di gelanggang sendiri musim ini, secara penuh berhak memungut tiga mata untuk berada hanya tiga mata daripada Gunners.

Chelsea turut menang apabila berjaya memperoleh kemenangan 2-1 ke atas Crystal Palace, memastikan mereka menutup jurang pada pemimpin Arsenal kepada dua mata dan kekal di tangga kedua.

Fernando Torres memberi Chelsea pendahuluan selepas suku jam selepas menanduk masuk bola hantaran tetapi kemudiannya di samakan oleh Marouane Chamakh sebelum Chelsea menjaringkan gol kemenangan melalui Ramires selepas menerima umpanan cantik Eden Hazard.

Keputusan penuh perlawanan malam tadi:

Tuan rumah Score Pelawat Venue
Manchester City 6-3 Arsenal Etihad Stadium (47,229)
Cardiff City 1-0 West Bromwich Albion Cardiff City Stadium (26,632)
Chelsea 2-1 Crystal Palace Stamford Bridge (41,608)
Everton 4-1 Fulham Goodison Park (33,796)
Newcastle United 1-1 Southampton St James' Park (49,164)
West Ham United 0-0 Sunderland Upton Park (31,843)
Hull City 0-0 Stoke City The Kingston Communications Stadium (23,324)

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top