Header Ads

Legenda Formula 1 Michael Schumacher berjuang untuk hidup selepas mengalami pendarahan otak dalam kemalangan ski di Perancis

Legenda Formula Satu, Michael Schumacher, koma selepas jatuh ketika bermain ski di pergunungan Alps, Perancis/

Hospital yang merawat Schumacher (44) mengatakan pemegang tujuh gelaran Formula Satu itu menderita trauma serius pada otak. "Diperlukan operasi bedah saraf," kata kenyataan dari hospital di Grenoble, di bahagian tenggara Perancis.

Schumacher jatuh ketika bermain ski di luar lintasan (off-piste) di resort Meribel, Di hospital Grenoble, dia diawasi oleh pakar kecederaan otak dan tulang belakang, Profesor Gerard Sailant.

Legenda Formula 1 Jerman berusia 44 tahun itu mengalami trauma otak serius . "Ketika datang dia sudah koma, diperlukan operasi bedah saraf , " kata kenyataan dari rumah sakit Grenoble yang menangani Schumache. "Dia masih kritikal."

Ketika terjatuh, kepalanya terhantuk batu, menurut keterangan petugas keselamatan yang memberinya pertolongan pertama .

Schumacher dibawa ke Moutiers, sebelum diterbangkan ke Grenoble. Seorang doktor pakar bedah saraf dari Paris, Profesor Gerard Saillant , langsung didatangkan ke Grenoble untuk menangani Schumacher .

Pengarah resort Meribel , Christophe Gernigon - Lecomte, sesaat setelah kemalangan mengatakan Schumacher mengenakan helmet ketika terjatuh . "Dia sedar tapi sedikit bingung," ujar Gernigon - Lecomte tentang keadaan Schumacher sesaat setelah jatuh .

Pada saat itu tidak kelihatan ada tanda kecederaan yang mengancam nyawa Schumacher. Dua atau tiga minit kemudian dua orang ski patrol datang untuk membantu beliau dan dengan serta merta memanggil helikopter yang datang dalam tempoh 15 minit untuk analisis lanjut.

Schumacher, yang pernah memandu untuk pasukan Jordan, Benetton, Ferrari, menang kejuaran dunia kali terakhir pada 2004.



Powered by Blogger.