Header Ads

Liverpool Tetapkan Release Clauses Luis Suarez Pada £ 100 million - £ 130 million


Luis Suarez
Liverpool telah menetapkan tanda harga untuk mendapatkan Luis Suarez adalah £100m untuk kelab luar Liga Perdana Inggeris dan  £130m untuk Kelab Liga Perdana Inggeris jika mereka mahukan khidmatnya.

Dengan jumlah yang begitu besar akan mematikan niat kelab-kelab lain yang cuba memancing Luis Suarez keluar dari Anfield. Arsenal mungkin menyesal kerana hanya menawarkan £1 lebih dari £40m price tag untuk Suarez sebelum ini.

Gergasi Sepanyol Real Madrid - satu-satunya kelab yang berpotensi untuk mendapatkan Suarez perlu membayar harga yang lebih tinggi dari harga yang di bayar untuk Gareth Bale.

Dengan harga yang terlalu tinggi ini akan menyukarkan kelab-kelab dari Liga Perdana Inggeris untuk mendapatkan Suarez terus dari Liverpool.

Sumber: Mirror
Powered by Blogger.