Arsenal akhiri kemarau 9 tahun

Mahsul Sejahtera
0
Santi Carzola
Arsenal berjaya meraih kemenangan 3-2 atas Hull City, pada final Piala FA, di Wembley, malam tadi. Ini adalah kejuaran pertama Arsenal sejak Piala FA 2005 .

Selain itu , ini adalah pertama kalinya dalam lapan final Piala FA terakhir jumlah gol yang tercipta mencapai lebih dari tiga gol .

Arsenal meraih kemenangan itu dengan kerja keras. Mereka tertinggal lebih dulu melalui gol James Chester pada minit keempat. Gol kedua Hull hadir berselang 4 minit apabila umpanan silang Stephen Quinn yang ditanduk Alex Bruce yang mengenai tiang. Bola muntah ditanduk Curtis Davies masuk sudut kanan bawah gawang Lukasz Fabianski .

Arsenal berjaya membalas gol pertama pada minit ke 17 apabila tendangan percuma Cazorla dari jarak sekitar 30 meter dari gawang berjaya menembusi sudut kiri atas gawang Hull. Allan McGregor membaca arah bola dengan benar, tetapi gagal menghalang bola masuk gawang .

Arsenal tampak semakin agresif dan menyulitkan Hull selepas Yaya Sanogo masuk menggantikan Lukas Podolski pada minit ke - 61. Namun , pemain - pemain Hull mampu mematahkan pergerakan Arsenal .

Arsenal terus berusaha dan akhirnya mendapat gol dari Laurent Koscileny pada minit ke - 72 . Bermula dari tendangan sudut, Sagna menanduk bola ke arah Koscielny di depan gawang yang berjaya menjaringkan gol penyamaan Arsenal.

Hull kemudian melakukan tekanan namun Arsenal berjaya mengatasinya dan kembali menguasai keadaan sehinggalah tamat permainan yang memaksa permainan di sambung ke masa tambahan.

Selepas tamat babak tambahan pertama tanpa gol tambahan  Arsene Wenger melakukan dua pertukaran sekaligus pada awal babak tambahan kedua . Ia mengeluarkan Mesut Ozil dan Santi Cazorla dan memasukkan Jack Wilshere dan Tomas Rosicky .

Akhirnya, pada minit ke - 107, Ramsey berjaya menjadikan jaringan kepada 3-2 pada minit ke - 108. Gol bermula dari pergerakan Giroud di kotak penalti yang mengumpan ke arah Ramsey yang berada di belakangnya. Dengan kaki kanan, Ramsey menghantar bola ke sudut kiri bawah gawang McGregor .


Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top