Header Ads

Tenis Terbuka Perancis - Roger Federer kandas di pusingan 4

Roger Federer tersekat di pusingan ke4

Selepas tahun lalu terkandas di suku akhir terbuka Perancis, tahun ini Roger Federer terkandas lebih awal dan dalam tempoh sedekad, Terbuka Perancis tidak akan menyaksikan Roger Federer di peringkat suku akhir. Pemain Switzerland ini kalah 6-7 ( 5 ) , 7-6 ( 3 ) , 6-2 , 4-6 , 6-3 kepada pemain Latvia Ernests Gulbis di pusingan ke 4 semalam.

Federer bermain baik pada set pertama meski harus menyelesaikannya dengan tiebreak. Set kedua juga masih berlangsung sengit juga dengan tiebreak. Bezanya, kali ini Gulbis yang meraih mata.

Gulbis mengawali set ke lima dengan baik. Kemenangan 6-3 memastikan pertandingan jadi miliknya sekaligus menghentikan perjalanan Federer di Roland Garros tahun ini.

Gulbis melangkah ke suku akhir dan akan menghadapi Tomas Berdych yang menumpaskan John Isner 6-4 , 6-4 , 6-4.

Bagi Gulbis, ini adalah suku akhir keduanya di French Open dan pertandingan Grand Slam selepas 2008.


Powered by Blogger.